Student Of Agriculture



My second home .
Saturday, November 21, 2015 ? 0 Atashinchi ?
Hye peeps! okay this is my first publish. oh my english. okay let's!

Where is my second home? haha "dekat" je. Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak was my second home.







Dah hampir 2 tahun aku kat sini. Maybe dalam 2 atau 3 kali dah aku naik flight ulang alik dari Bintulu ke Selangor. Aku cuma berpeluang dapat balik ketika cuti semester sahaja.. kerana aku bukanlah orang senang dapat balik setiap kali cuti.


Ketika pertama kali menjejakkn kaki di sini, setitik air mata pun tak keluar. Kerana aku terlampau bahagia!! tak macam ibu aku, seminggu sebelum datang sini dia dah menangis malam-malam... tawu sebab apa? sebab kami cuma tinggal berdua.. ya, kesian dekat ibu aku... tapi aku dah tak ada pilihan lain, cuma UPM shaja yg menerima aku pada ketika itu... dan hanya Allah sahaja yang tahu bertapa bersyukurnya aku. Terima kasih ribuan TERIMA KASIH KEPADA ENCIK ANSARUL kerana memilih saya, saya doakan Encik Ansarul murah rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat. Encik tahu tak bertapa berharapnya saya pada UPM pada ketika itu, alhamdulilah doa saya dimakbulkan..


Nak cerita kenapa aku bersyukur dapat masuk UPMKB ni... pada suatu zaman persekolahan dulu, aku tidak berapa cemerlang dalam pelajaran. Terdapat terlalu banyak faktor kenapa aku jadi begitu antaranya ialah kesan daripada masalah keluarga, tidak mempunyai rakan sebaya, mendapat sekolah yang hampir kesemuanya adalah cina (sekolah cina), kenapa sekolah cina? pilihan ibuku sendiri sebab sekolah tu sbelah rumah je dan tempat ibuku mengajar. Selain daripada itu, tekanan daripada cikgu dan banyak lagi! Aku tidak mempunyai adik beradik di rumah, ibuku pula selalu balik kerja lambat, kalau dia balik pun dia rehat. Jadi masa aku untuk bersama dengan manusia tiada, Oleh itu aku tidak tahu hala tuju aku dan aku tidak berminat untuk belajar di sekolah itu sbb tidak tahu bahasa cina. Masa terus  berlalu dan tiada siapa yang mempedulikan aku ketika itu,, sampailah satu tahap, aku tidak mahu terus menanggung tekanan lagi dan aku bercadang untuk membuat satu keputusan yang akan mengubah hidup aku. Akhirnya aku menjejak ke sekolah melayu ketika Tingkatan 5 di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Kapar Indah Kapar Selangor. Walaupun tiada siapa yang menghantar aku ke sekolah, aku tidak berputus asa, Aku menaiki 4 kali bas pergi dan balik sekolah. Mula2 aku culture shock kerana hampir semuanya Melayu. Aku mula bahagia dan enjoy dengan kawan2 baru. Masih tiada kesedaran untuk belajar. Smpai satu masa, aku mempunyai kawan baik bernama Nurul Nadiya bt. Ismail. Apa yang istimewa tentang dia? Dialah yang bnyak menyedarkn aku tentang pelajaran. Bukan sahaja dia yang banyak menyokong aku, malah satu keluarganya.  Akhirnya aku sudah menganggap mereka sebagai keluarga angkatku. Aku dapat merasa hidup ada ibu dan bapa dalam satu rumah, aku dapat merasa suasana adanya jalinan adik beradik dalam satu rumah. Mereka sangat baik dengan aku. Aku bahagia. Dan saat yang paling genting adalah ketika seminggu sebelum SPM yang aku tak akan lupa sampai bila2. Pda seminggu sebelum SPM berlangsung, aku baru nak buka buku untuk belajar. HAHAHAHA. YEAH, baru aku ada kesedaran bahawa pentingnya pelajaran!! aku sangatlah tertekan sampai mandi pun tmpal nota kat dinding bilik air, bayangkanlah.... fizik bio chemist dlm masa seminggu.. dan akhirnya, keputusan telah keluar, guess what.. aku mendapat result yg betul2 cukup2 makan.. 6 credit untuk masuk ke UPM dalam course Pra diploma. Cukup2 makan, Sebelum aku terdetik untuk masuk ke UPM ni, aku telah mengisi  banyak permohonan, borang, sama sperti ibuku, walaupun dia terlalu sibuk, tetapi dia lah yang banyak berusaha untuk mendapatkn tempat aku masuk ke universiti tempatan. Tetapi malangnya, satu Universiti tidak menerima aku, walaupun UPU. Hal disebabkn oleh matematik ku yang mendapat gred D. Pada ketika itu, yang aku akan ingat sampai mati, ibuku menangis kerana terlalu kecewa.. bayangkanlah betapa hancurnya hati aku melihatnya begitu.. Lalu aku mengambil keputusan utnuk bekerja selepas keputusan UPU keluar. Aku masih tidak berputus asa. Aku banyak habiskn duit pergi  ke cyber cafe yang aku anggap sebagai "black area" untuk mencari lagi borang permohonan universiti. Lama juga aku buat research pada ketika itu. setiap universiti aku akan cuba isi dan hantar. kebanyakkan permohonan online tu, sekali aku letak gred matematik aku terus aku tak dibenarkan isi.. Ya Allah.. siang malam aku berdoa, tolonglah aku Ya Allah. Esoknya balik dari tempat kerja aku datang lagi ke cyber cafe tu lagi walaupun tak ada perempuan yang berani datang situ. Aku search lagi, akhirnya aku jumpa borang UPM yang aku boleh print. Dan itu adalah borang yang terakhir yang aku dapat jumpa. Esoknya juga, aku berjalan kaki ke pejabat pos dalam 2km untk menghantar borang itu. Lama juga aku duduk depan pintu pejabat pos Bukit Raja Klang baca2 doa. Selesai menghantar borang tersebut, aku hnya berserah kepada Allah. Dan akhirnya pada bulan lima slepas maghrib aku mendapat sms daripada hamba Allah menyatakan bahawa permohonan aku berjaya untuk masuk ke Pradiploma. Hanya Allah sahaja yang mengetahui perasaan aku ketika itu. Aku terlampau bahagia dan tidak sabar untuk menjejakkn kaki ke UPM. pada 9 jun (lambat daftar) aku menjejakkn kaki ke bumi Srawak bersama ibu ku. Ibu ku tidak banyak cakap pada ketika itu.. Aku tidak berasa sedih untuk berpish pada ketika itu, aku terlalu bahagia. Sampainya aku ke pintu pagar UPM, aku berjanji dgn diri sendiri, aku akan belajar bersungguh2 untuk membahagiakan ibuku pada suatu haru nanti.


Selepas berjaya melepasi Pradiploma dalam masa setahun, aku telah ditawarkan masuk ke program Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakkan dengan cgpa 3.95. Alhamdulillah. Kini aku telah pun  berada dalam semester kedua diploma. Niat aku masih sama.


Tetapi, semakin lama aku berjauhan dengan ibu ku, semakin tebal rindu aku terhadapnya.. Aku tidak dapat membayangkan bagaimana keadaannya bersendirian di rumah..


Walaupun aku bahagia di rumah kedua aku ini, aku tidak akan lupa pada rumah pertama aku, dimana tempat aku membesar dan mendapat kasih sayang ibu..




Tak habis lagi. Nak tahu tak kat mana rumah ketiga aku pulak? kat sini 


UPM Serdang Selangor. not Bintulu. Kuatnya aku berangan HAHAHA but yeah, that is my dream. Kalaulah dapat masuk sana YAALLAH dekatnya dengan mama!!!!






Thanks for reading :)




. Newer Post


// Forever Young-One Direction