Student Of Agriculture



What is UPMKB ?
Saturday, November 21, 2015 ? 0 Atashinchi ?
Have you heard about UPMKB? apa? UPM je pernah dengar? did you know that UPM ada satu cawangan di Sarawak? I believe ramai yang tak tahu. Because sebelum ni pun aku dengan mak aku yang orang Sarawak pun tak tahu menahu upm ada kat Bintulu ni. Famous yang kat Serdang je and mak aku ex student di UPM Serdang. Masa kecik2 dulu, mak aku selalu bawak aku pergi kuliah sekali masa dia sedang menyambung pelajaran ke peringkat master sebab aku kan budak baik dengar cakap (dulu), duduk diam sebelah mak aku masa dalam dewan kuliah hahaha. Aku tidak tahu bagaimana dia boleh survive dengan belajar sambil bekerja sambil menjaga aku kat tempat orang yang tiada sedara mara terdekat. Tapi alhamdulilah, dia lulus dengan baik.



UPM Serdang

UPMKB was Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak. Shortformnya UPMKB org panggil kat sini. Apa beza UPMKB dengan induknya UPM Serdang? okay UPM Serdang ada 16 buah fakulti manakala UPMKB cuma ada satu buah fakulti iaitu fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Bayangkn betapa besarnya UPM Serdang gaiss dengan 16 fakulti. Aku masih di UPMKB lagi dan angan-angan aku untuk masuk ke UPM Serdang. UPMKB hnya menempatkan pelajar pra-diploma dan diploma (majoriti), ada juga bachelor, master dan PHD, tp tak ramai.. selalu aku nampak manusia kat sini diploma je.. UPM Serdang pula hanya menempatkan pelajar asasi sains pertanian, dengree dan keatas. Ada juga pelajar diploma di sana tapi yang tahun-tahun akhir lah, yang itu aku tak tahu sgt.. course diploma aku dah tak dapat ke Serdang mcam batch dulu, hancur hati...


Okay sekarang aku nak cerita tentang UPMKB, UPM Serdang tunggu aku degree masuk sanalah aku cerita ye (berangan lagi)...



UPMKB

UPMKB adalah kampus cawangan UPM dengan sebuah fakulti yang dinamakan Fakulti Sains Pertanian dan Makanan. Fakulti ini terdiri daripada lima buah jabatan akademik iaitu Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan. Fakulti ini menawarkan program Diploma, Bacelor, Master dengan tesis dan PhD.

Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) ini bukanlah suatu nama baru sebagai  destinasi pendidikan tinggi di negara ini kerana ia merupakan kampus tertua di Negeri Sarawak. Sejarah Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak bermula di kampus sementaranya di Natural Resources Training Centre, Semenggok, Kuching pada 10 Ogos 1974. Kampus ini telah berpindah ke kampus tetapnya di Bintulu, Sarawak pada bulan Jun 1987.

Pada 27 Ogos 1987, Universiti Pertanian Malaysia Sarawak telah ditubuhkan secara rasmi sebagai kampus cawangan melalui Perintah Universiti Pertanian Malaysia (No.2) 1987 di bawah tiga Pusat Pengajian – Pusat Pengajian Sains Gunaan, Pusat Sains Asasi dan Pusat Pengajian Sains Sosial dan Pengurusan. Pusat tersebut menawarkan tiga program di peringkat Diploma iaitu Diploma Pertanian, Diploma Perhutanan dan Diploma Perniagaantani di samping satu program pendahuluan.

Kampus UPMKB telah ditutup pada tahun 1992 sebelum diaktifkan semula pada November 2001 berasaskan matlamat ketiga pelan strategi UPM 2001-2010 iaitu untuk meningkatkan keupayaan UPM sebagai Pusat Pengajian dan Perkhidmatan Pertanian serta Biosumber terkemuka di Peringkat Antarabangsa.

Fokus utama UPMKB adalah dalam bidang agribio seperti pertanian, perhutanan, perikanan, peternakan, pemakanan dan persekitaran. UPMKB terletak 13 km dari Bandar Bintulu, dikelilingi dengan rimbunan kehijauan yang kaya dengan flora dan fauna. Kampus ini mempunyai keluasan 715.16 hektar dan boleh menampung sehingga 2200 orang pelajar. 

*copy paste daripada laman web upm hihihihi* 

At least korang tahu lah sedikit sejarah UPMKB ni kan, jangan tahu duduk je, haha. Okay, setiap Universiti tak sah kalau tak ada dekan. Kalau korang nak tahu, dekan UPMKB ni adalah PEREMPUAN. yeahh, amaizing right?? pernah dengar dekan perempuan? aku tak pernah, aku ingatkan lelaki sahaja boleh jadi dekan. Sebelum dekan perempuan adalah lelaki. Ni first time aku dengar prempuan jadi dekan, betapa hebatnya perempuan kan. And she was very good. Salah satu inspirasi aku sebab dia pernah cerita dia daripada pra diploma juga dahulu semasa meeting dengan dekan masa Pra dip tahun lepas. So, nothing is imposible for me.

this is our UPMKB dekan. Dah lah prof, Dr. lagi tu.. hebat kan.

Kata-kata dekan :

Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera.

Belajar di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak (UPMKB) sememangnya memberi pengalaman yang menarik dalam meneroka pengetahuan dan kemahiran baharu. Di sini, pelbagai ilmu pengetahuan dapat dipelajari terutamanya dalam bidang pertanian, dengan penekanan terhadap pembentukan insaniah berkemahiran pertanian dan inilah menjadi agenda kami.
Sesuai dengan motto, “Destinasi Pengajian Pertanian,” UPMKB akan berusaha membentuk program dan aktiviti serta mewujudkan persekitaran yang menggambarkan suasana sebenar pekerjaan dan keusahawanan dalam pelbagai sektor pertanian. Ia  seiring dengan dasar negara dan universiti bagi menterjemahkan pertanian sebagai satu perniagaan dan pekerjaan yang menguntungkan.

“BERILMU BERBAKTI”

DEKAN
Prof. Madya Dr. Nur Ashikin Psyquay Abdullah

Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu
Peti Surat 396, Jalan Nyabau
Bintulu, Sarawak, Malaysia
Tel:+6086-855201 
Faks:+6086-338948
Email:nurashikin@upm.edu.my

Apa lagi yang menarik dekat UPMKB ni? of course lah lecturer nya.. lecturer itu yang mengajar, lecturer itu yang membuat soalan, dan lecturer itu lah yang bagi markah. Apa yang kau rasa? best kan. Lecturer kat sini semuanya membantu, sporting, nak jumpa pun senang, sangat memahami kalau nak cuti panjang sikit (hehe). Selain daripada terperuk kat UPMKB ni, korg dapat keluar jugak jalan2 kat bintulu, nak dapat teksi senang je, call dia akan datang amik kita. Korang boleh pergi ke Pantai Tanjung Batu, kalau korg pergi situ, rugi korang tak cuba ABC gula apong kat situ. Ada Taman Tumbina, dalam tu ada banyakkk haiwan termasuk buaya. Ada bnyak supermarket mcm Farley, MDS, Swing Kwong, Park City Mall and restoran2 melayu untk korg beli makanan and barang2 lain selain di kiosk UPMKB. Aku rasa ada banyak lagi tempat boleh teroka kalau korg dah lama duduk sini, aku baru setahun lebih kat sini, itu je lah tempat yang aku tahu haha. Selain daripada itu, terdpat banyak kelab-kelab yang menarik yang korang boleh join selain daripada kokurikulum berkredit antaranya:
KEROHANIAN
1
 Kelab Putra Al-Ukhuwwah (KEPUTRA)
 KEMIMPINAN
2
 Kelab Rakan Siswa (KRS)
3
 Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia (PBSMM)
4
 Kelab Orator
 AKADEMIK
5
 Kelab Al-Biruni
6
 Kelab Bioindustri
7
 Kelab Rimbawan
8
 Kelab Tera Tani
9
 Kelab AGRIBIZ
10
 Kelab Sains Pertanian (KESPER)
11
 Kelab Sains Perikanan dan Haiwan (KES-PH)
 KEBUDAYAAN
12
 Kelab Kesenian dan Kebudayaan (Santri D'Wangsa  Putra)
 SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
13
 Kelab Tae Kwan Do
14
 Persatuan Seni Silat Jampaian Tujuh
15
 Persatuan Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi (PSSCUH)
 SUKAN
16
 Kelab Hoki
17
 Kelab Ragbi

banyak kan? aku adalah ahli kelab Keputra dan KESPH iatu nama jabatan aku. Seperti yang korang tahu, UPMKB ada lima buah Jabatan akademik kan antaranya Jabatan Sains Tanaman, Jabatan Sains Perhutanan, Jabatan Sains Sosial, Jabatan Sains Asasi dan Kejuruteraan dan, Jabatan Sains Haiwan dan Perikanan(KESPH). KESPH terdiri daripada program Diploma Kesihatan Haiwan dan Peternakan (my course) and Diploma Perikanan (fisheries). 



This is my coursemate. With our new baju korporat haha. Muka berseri2 semua pakai baju baru. As you can see, lelaki boleh dikira pakai jari. HAHAHHAA. yeah, lelaki kelas kami ada 9 orang sahaja. Pity. 






Thanks for reading :)




Older Post . Newer Post


// Forever Young-One Direction